Saya sekadar berkongsi ilmu...
Untuk kelihatan langsing
Pelbagai cara dilakukan wanita untuk kelihatan langsing dan bergaya. Selain dari berdiet, jamu dan ubat-ubatan. Cara anda berfasyen juga sangat memainkan peranan.
Di sini saya ada beberapa tip yang saya perolehi dari bacaan dan google bagaimana nak kelihatan langsing
1. Pilih padanan warna yang senada atau sama. Tidak semestinya warna hitam sahaja menjadi pilihan. Pilih warna yang sesuai dengan warna rambut, warna kulit dan mata yang anda miliki.
2. Elakkan corak2 yang besar pada baju sebaliknya cari yang bercorak jalur menegak yang agak jarang.
3. Jangan memakai baju yang terlalu banyak butang atau aksesori. Ini akan 'mengsaratkan' tubuh anda.
4. Pilih baju yng saiz sederhana. Jangan terlalu ketat atau terlalu besar.
5. Seluar atau skrit jugak haruslah tidak terlalu banyak poket atau corak2 yang besar. Ini bagi mengelak saiz di bahagian bawah anda kelihatan lebar.
6. Elakkan kain yang digunakan dari bahan spandex atau lycra. Kain jenis ini akan memperlihatkan lagi masalah lebihan lemak anda.